HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, July 30, 2012

skincare.





Haiii..

Ngantuklah harini huwarghh.
Aku tengah gugel-gugel pasal nutox yang hydrarefiner tu (botol kaler biru).
Macam best jer.
Ada sesape penah try?


Macam aku skang sebab dah 3 series so produk-produk yang jadik pilihan wajib ada anti-penuaan hehe.
Ekceli kan umur 25 kita punya kulit dah start nak berkedut dah.
So kalau start produk anti-penuaan ni awal lagi baik.
Bukan cam aku dah nampak ada kedut baru terhegeh-hegeh nak pakai.
Kalau tak dulu asyik fokus nak putihkan kulit muka jee.
Konon kulit putih cantik sangatlah.


Aku ingat dulu masa aku kat mrsm, ex-roomate aku bukan main comel lagi.
Dahla putih melepak pipi dia lak cam chubby-chubby gitu.
Aku yang masa tu umo baru 16 tahun pikiran pon tak berapa nak matang.
Berangan nakkk jugak comel camtu.
Lantas balik cuti, curik (ambik tak cakap kiki) krim avon mak tenyeh kat muka biar putih.
Rupanya krim mak dah lama expired.
Ciss. Terus muka licin naik jerawat batu.
Hambekk ko nak putih melepak sangat terus abah cakap muka aku cam harimau sebab bercapuk-capuk dek kesan jerawat.


Hidupla aku lepas tu dengan muka berjerawatnya.
Sedih gakla. Takde sape nak pandang.
Kalau jalan dengan roomate aku yang comel tu korang boleh bayangkan tak perasaan remaja seperti aku.
Orang seme dok usha dia. Aku???? Kucing pon tak sudi pandang huhu.


Masa kat universiti dah tahun 2 camtu barula reti nak pakai-pakai skincare ni.
Masa tu ada akak jiran depan rumah sewa kitaorang tu jual sirna sari.
Ada housemate kitaorang pakai jadi cantik kulit dia.
Memang jadik pakai sirna sari masa tu.
Dan dah ada jugakla orang yang perasan kehadiran aku.
Kalau tak malapp jela hehe.


Lepas tu aku salula tukar-tukar skincare.
Tapi rerata seme yang produk tempatan punya.
Nak bahan semulajadila kononnya.
Padahal hidrokuinon.


Masa tu aku rasa pakai produk dari rak pasaraya ke watson ke guardian macam tak jalan je kat kulit aku.
Paling ekstrim masa praktikal.
Aku try noveux (betul ke tah ejaan ni) visages yang dr becky m leorgado punya tu.
Ekceli, tujuan asal nak cari nouvelles visages yang sosilawati (arwah) punya tu tapi aku tersilap masuk kedai.
Dah ejaan macam serupakan.
Budak yang jaga butik noveux tu pulak kulit dia cantik kemahen.
Melepak-lepak licin macam nak cubit je rasa.
Sampai boyfriend (ex) aku pon asyik usha dia kan.
Panasss hati terus beli.
2 minggu muka aku sopak.
Menggelupas teruk giler.
Tapi pastu weeehuuu hasil dia.
Snow white jadiknyaa.
Sampai mak aku tegor apesal kulit aku putih sangat.
Tapi 6 bulan je bahagia pastu kecoh pasal produk tu beracun la hape.
Terus masuk tong sampah.


Lepas-lepas tu banyak lagi la produk lain yang aku guna cam felisa lah putri rembulan lah.
Dari jenama terkenal sampai jenama tak terkenal aku guna.
SK11 pon penah masa aku keje dulu.
Dah habis tak beli lagi dah.
Kopakkk.


So sekarang kembalilah kepada produk pasaraya/watson/guardian yang dipandang sebelah mata dulu huhu.
Buat masa ni aku pakai bio-essence yang ada bird nest tu (kaler kuning) campur-campur dengan safi rania gold.
Tamak.
Sarang burung nak tenyeh.
Emas 24K pon nak tenyeh.
Tak cantik jugak tak taulaa.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
Nak LIPSTIK PERCUMA? KLIK HERE.


Friday, July 27, 2012

sesi menayang menu berbuka owhhh my butter prawn.






Hai hai.
Harini saje je lambatkan posting padahal pagi dah siap dah taip entri.
Sebab kul 11 adalah macam tak sesuai nak tayang-tayang gambo makanan.
Kesian kat korang kalau terlior.
Dah ah tu waktu puncak kelaparan kan.
#Eh ada ker orang nak terlior tengok gambo makanan ko ahaks.


Hari-hari memasak adalah memeningkan nak pikir menu.
Dah ah tak tere masak pelbagai jenis juadah western india cina benggali seme.
Balik-balik itu jela yang aku masak pon.
Soto, nasik lemak, mi kari, mi bandung asyik tak jadik tiap taun, mi goreng basah, mi goreng kering, mihun goreng ada kaler, mihun goreng takda kaler, mihun sup tulang, kuew tiow beef, spagetthi, makaroni goreng, nasi ayam, nasik tomato, lontong.
Cer kira cukup tak 30 jenis menu.
Tak cukup ah pasal kengkadang kita mintak somi belanja makan luar.
Tak cukup jugak kita ulang tayang menunya ahaks.


Semalam tak tau nak masak apa kita keluarkan seme bembahan yang masih ada dalam esbok.
Lepas tu buat cabaran masterchef kat diri sendiri.
Sila sediakan hidangan menggunakan bahan-bahan disediakan lalala.
Ayam tinggal seketul. Sotong ada sekor je. Bunga kobis tinggal saki baki.
Jadi kita leburkan mereka menjadik tom yammmm.


Bembahan adalah cukup nak wat tom yam daun limau purut je takde. Tapi tak yah ah risauu sebab kita tak makan pon daun ituu ahaks.


Ting!!! Dah siap dah tom yam kitaa. Walaupon tak sesedap macam kat restoran dekat umah kita tapi adala rupa tom yam. Rasa pon macam rasa tom yam bukan rasa sayur masak bening ehh.


Butter prawn berkuah tapi kuah dah ilanggg. Bukan aku hirup ehh jangan nak tuduhh. 

Yeayy inilah hero dalam cerita ini sebenarnya agaga.
#Agaga tu apa sebenarnya? Bunyi ketawa eh? Macam comel je tulis agaga kan. Agagaaa ahaks.
Ye. Ye. Aku tau butter prawn tu takde rupa bersarang-sarang macam orang selalu buat tu.
Sebabnya aku suka butter prawn yang berkuah punya.
Kat JB ni butter prawn yang stail cenggitu (berkuah) aku pernah jumpa kat Damai seafood je.
Haritu pi Senibong order butter prawn dibaginya yang bersarang tu emmmm.
Tak gemar sangat yang kering dan bersarang tu.


Nak masak semalam barula sibuk nak gugel selongkar laci seme.
Carik resipi.
Tapi keciwa yang berkuah nyer susah tul nak jumpa.
Jadi aku memandai-mandai sendiri gabung seme resipi yang hadoo ahaks.
Hasilnya??
Not bad ahh. Sedap je kat tekak aku.
Adalah rasa butter prawn nyerr.
Lembapnya pon masih ada walau kuahnya dah ilang meresap masa aku masukkan telur.
Agaknya nak buat yang berkuah tak yah taruk telur kottt.


#Resipi len kali la aku letak. Besok ke..tulat ke..minggu depan ke..taon depan ke..


Last but not least,

Pari bakar bukan aku yang bakarrr. Aku cuma kasik terbakar itu daun pisang jee ahaks. Ni beli kat param je. Lauk tambahan lah kengkononnya. 


Habis diet somi aku camni. 
Aku tak diet ke? Takkk. 
Diet karang orang tak kenal aku plak. 
Ingat jerangkung dalam lemari.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.



Thursday, July 26, 2012

cara rawat ketumbit kelakar tapi mujarab.






Aku sedang menaip bersungguh dengan mata yang potek.
Tau tak mata potek?
Potek pasal aku tutup dia ala-ala pirate of carribean.
Sebabnya mata aku kena ketumbit .
Atau tembel samala tu.
Bukan sebab aku suka mengendap ehh jangan nak pitnah.
Aku ada habit suka gosok mata tu la pasalnya.
Jari kotor pegang tah hape pastu gosok mata.
Memang saje cari penyakit.


Dulu-dulu masa sekolah kalau nak baikkan ketumbit ni aku guna petua cabut bulu mata.
Macam kelakar tapi benar.
Menjadik kalau ko cabut kat tempat yang betul.
Kalau nasib tak baik botakla mata ko.


Tapi sekarang ni aku dah jumpa penyelesaian yang lebih baik.
Tak perlu korbankan bulu mata yang dah sedia sikit dan pendek.
Nampak macam kelakar jugak cara ni tapi percayalah mujarab pasal ini dah kali ketiga aku buat.


Beriya ni aku ambik gambo step-by-step demi nak nunjukkan.


sediakan bembahan berupa : Pantiliner FC Bio, air, cekak rambut, gunting kecil

Kalo lelaki mintakla wife pantiliner sekeping. 
Yang suci punya eh bukan yang dah dia pakai tau ekeke.
Jenama FC Bio je tau jenama lain rasanya tak jalan pasal yang FC Bio ni ada herba macam antiseptik untuk basmi kuman.


Ambik sekeping pantiliner, gunting kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian je yang lain simpan balik.


Basahkan bahagian atas pantiliner dengan air (air paip pon boleh). Jangan sampai lencun pulak.


Tampalkan pantiliner tadi kat cekak rambut. Pastikan yang bergam dilekat kat cekak. Bahagian atas yang dah dibasahkan tadi nanti nak tampal kat mata.


Pakai cekak (nila penyebab mata potek) dan pastikan pantiliner tadi kena kat bahagian mata yang kena ketumbit. Akan rasa berangin sikit. Pakai selama 1 jam atau selama mana yang tahan atau sampai korang rasa kesan berangin tu hilang. Abaikan pipi yang ada pori-pori besar tu ya. Pipi sape entah tu. Tak nak ngaku.


Pakai sekali ni je pon ketumbit tu dah menyusut.
Rasa sakit akan berkurangan.
Kalau ketumbit tu baru nak tumbuh lagi cepat baiknya.
Lepas dah bukak bolehla buat keje-keje lain.
Pastu kalau masih rasa sakit boleh ulang lagi. Guna balance pantiliner yang dah gunting tadi.
Yang bersih punya jangan guna balik yang korang dah pakai tadi.



Atau kalau korang nak guna cara lain pon boleh. Klik >>SINI



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Wednesday, July 25, 2012

kena sorokkan ni.





Alhamdulillah. Semalalam 4 ramadhan risya berjaya berpose penuh satu hari dengan jayanya :)))).
Dah janji kalau rajin pose bebetul bukan yang yok nak belikan dia beg sekolah baru.

-----------------------------------------------------

Back to the tajuk.
Mujur aku pose kalau tak dah krup krap krup krap tak sedar abes sebalang kueh raya nih.
Baru dapat semalam.
Beli 5 balang sebab tamak haloba.
Yang benarnya takut terabes tak sempat nak hidang tetamu raya nanti kiki.


almond slice makan tak leh berenti tapi lepas tu sakit tekak.

Aku mula kenal akan kueh raya ini (kategori kueh la kan?) masa raya tahun lepas.
Masa pegi beraya kat rumah kawan ada kueh ni.
Buat muka tak malu abeskan kueh orang.
Pastu jumpa kat rumah orang lain pon aku pulun lagi.
Tahun ni tak nak wat camtu dah tu yang beli untuk makan-makan sendiri.
Harap bertahan sampai raya.
Aku ingat kena sorokkan kot.
Biar terlupa.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Tuesday, July 24, 2012

bukan keluarga iskandar.






Nakk jugak sipi-sipi tajuk derama.
Sebabnya tak tau nak letak tajuk apa.
Jadi kita tumpang glemer tajuk derama boleh?


Nak cerita pasal semalam.
Semalam adalah 3 ramadhan.
Risya masih tak berjaya menahan lapar.
Balik sekolah tengahari lembekk semacam.
Bibir kering muka toyee.
Kasikla dia makan nasik goreng lebihan sahur.
Terus segar bugar.
Cakap kat dia balik sekolah agama tak boleh makan dah.
Kena belajar menahan diri dari lapar dan dahaga.
Cuba bayangkan orang miskin.
Tapi anakku yang sorang ni bangsa mudah naik lemakk walaupon badan takda lemak.
Tengok mama macam baik hati pulak balik sekolah agama melenting-lenting mintak makan lagi.
Mintak maapla anakku.
Boleh makan hanya bila sampai waktu berbuka yang sebenar.

---------------------------------------------------------

Anakku yang lagi sorang semalam pegi berdating dengan papanya.
Pegi teman papa gunting rambut.
Bila balik tanjat boboi mama.
Bukan setakat rambut papa yang gondol rupanya dengan zikry sekali hampir digondolkan.
Haih papa ni. Dah berapa banyak kali cakap tak hensem buat rambut gitu.
Papa nak jadik tak hensem takpelah.
Tapi kenapa buat anak bujang saya tak hensem sama -___-.


Tidakkkkkk !!! Harap raya nanti dah panjang balik.


----------------------------------------------------------

Cerita pasal saya pulaklah.
Semalam 3 ramadhan adalah first day memasak untuk berbuka.
Semalam-semalamnya dah berbuka kat rumah MIL dengan berbuka kat luar.
Memasak adalah penat bila sampai bab nak kemas balik dapor.
Tapi tabahkan jua hati sebab itu dah keje hakiki surirumah.


Semalam saya memasak nasik tomato.
Menu ulang tayang puasa tahun lepas punya.
Cuma kali ni nasik jadik kaler merah.
Tahun lepas kaler putih sebab tomato tak cukup masak ranum.
Yolah sebab saya tak pakai tomato puree dalam tin tu.
Nak lebih sihat kononnya jadik guna tomato sebenar.
Tahun ni lawankan dengan kari ayam.
Bukan pandai sangat masak kari.
Tapi bolehla untuk makan sendiri-sendiri hihi.


Sebab nak amik gambo nasik tu kena buat bentuk mangkuk kahhh mengadooo.



Lepas tu tetiba mendapat seruan kerajinan.
Jadi saya buat kuih keria.
Terkagum dengan diri sendiri hahah.
Yang sebenarnya keledek dah rebus 2-3 hari lepas.
Tapi sebab semangat nak menggetel kuih tetiba hilang haritu.
Lepas rebus terus simpan ia dalam esbok.
Sebelum ia mereput dalam esbok cecepat jadikan ia makanan yang boleh dimakan hihi.
Alhamdulillah sedap.
Sendiri katala.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.




Monday, July 23, 2012

jurnal puasa batrisyia.






Batrisyia tu risya.
My dotter.
Nak citer pasal dia lah ni.
Nanti dah beso bolehla dia baca balik kisah dia belajar puasa.
Mama nak simpan sume dalam kepala kemudian baru citer kat risya takut mama lupa.
Maklumla otak mama ni ada macam-macam benda nak ingat.
Dah berkarat pulak tu.
Padahal otak manusia ni bukan guna sampai 100 persen pon hahah.
Otak mama lah yang mama maksudkan hahah.
Mama pon pelik nape Albert Einstein lagi bijak dari mama.
Sedangkan otak dia lagi kecik dari mama.
Mana mama tau otak dia kecik.
Baru jap tadik mama google hahah.


Cukuplah citer pasal otak.
Takda kene-mengena dengan citer seterusnya pon.
Kalau otak-otak relevan la jugak.
Bulan puasa dengan makanan kan sinonim hahah.


Hari pertama macam yang diciterkan kat >>sini risya cuma makan roti sekeping dengan minum susu.
Aku dah agak dah dia tak boleh tahan.
Kul 9 pagi dia dah merengek-rengek nak makan.
Aku suh dia tahan sampai kul 12.
Dia diam.
Tapi tiap satu jam dia datang merengek kat telinga aku nak makan.
Bila suh tahan last-last dia nangis.
Pastu tertido.


Dah pukul 2 camtu, kitaorang siap-siap nak keluar pi angsana cari baju raya untuk budak-budak ni (baju jalan).
Risya merajuk sebab tak bagi makan. Pastu buat degil tak nak bersiap.
Janji dengan dia nanti keluar bagi makan mekdi.
Baru dia nak siap tapi moncong panjang sedepa boleh buat sangkut baju.
Dah siap nangis lagi.
Tak tahan lapa kata dia.
Last-last berbuka la dia pukul 2.30 tu.
Makan roti 2 keping.


Tapi pastu dia takda makan-makan dah.
Minum air kotak je. Dah waktu berbuka betul-betul baru dia makan lagi.
Saja praktiskan dia tahan lapa.


Hari kedua ok sikit.
Sebab serik jadi dia sahur makan nasik.
Tula risya ni kalau mama cakap pasal sebab dan akibat dia buat dekk je. Wah mempraktikkan konsep penaakulan mantik di situ.
Sendiri dah rasa kalau sahur makan sikit mengakibatkan kebuluran barulah dia nak makan nasik.
Tapi pastu tahan sampai kul 4 jer.
Sebabnya dia tak tahan haus.


Pasalnya hari kedua pon kitaorang pi shopping jugak.
Dari jusco tebrau membawak ke metrojaya.
Memang penat dan menghauskan tekak.
Susah cari baju budak yang cantik dekat JB nih.
Ni pon baju risya tak dapat lagi sepasang.


Aku bagila dia minum.
Air bekal adik dia.
Tu pon seteguk dua jer.
Pastu puasa balik. Boleh plak macam gitu.
Apa-apala nakk oiii.

sahur nasik telor kicap, i-food dan i-kids.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.



Saturday, July 21, 2012

takmo dah pose konon-kokon.





First day Ramadhan untuk 2012.
Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan buat semua.
Tahun ni first day pose kena hari sabtu jadi tak dapatlah cuti tambahan sebab dah memang cuti ahaks.
Macamlah aku keje opis kan nak sibuk pasal cuti.
Mentang cuti, papa pon dah sambung tido lepas solat subuh tadi.
Aku nak lipat kain tapi teronline pulak ahaks.


Tahun ni risya pon nak start belajar pose penuh.
Tahun-tahun lepas masa tadika adalah pose.
Tapi pose mengkonon je.
Kat tadika kawan makan dia pon makan.
Sebab tadika memang cikgu sediakan makanan.


Ni dah sekolah betul kantin tutup.
Aku pon dah plan tak nak bawakkan dia bekal.
Bior dia belajar pose bebetul.
Sekerat hati hari pon takpa. #thanx cikgu nur betulkan ejaan :P
Kul 12 kang kalau tak tahan aku bagila dia buka.


Ni pon jenuh nak suh dia pose.
Dia nak pose (cakap beriya tu biase) tu pon cikgu cakap suh pose.
Kalau aku cakap memang jawapan dia tak nak.
Memang peel dia gitu.
Dah paham sangat.


Takpelah slow-slow.
Walaupon anak orang lain umo 4-5 tahun dah pose penuh.
Tak kisahla.
Nak banding anak orang lain dengan anak sendiri watpe.
Pasal pose pon takkan nak lumba.
Ikut kemampuanlah.


Solat pon tahun ni baru cam paksa sikit dia buat.
Kalau tak paksa (bertegas) memang tak nakk je jawapan dia.
Papa dia pon kena main peranan.
Tak leh harap aku sorang.
Sebab risya tak takut dengan aku.
Walaupon aku garang macam raksasa gorgon.


Yang penting tahun ni dia tak susah nak bangun sahur.
Sebab kul 9 aku dah ajak dia tido.
Tak dapat aku nengok Harry Potter malam tadi.
Sikit je pon dia makan tadi.
Roti separuh gigit isi kulit tepi buang.
Minum susu.
Tu je.
Misti jap gi kul 10 dia lapo.
Sebab dah biasa makan waktu rehat kul 10.
Takpe. Aku nak suh dia bertahan jugak sampai kul 12.
Insya-allah.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Thursday, July 19, 2012

masker.






Pada satu hari aku rasa cam nak letak masker kat muka.
Dah lama rasanya tak pakai.
Geram pulak tengok whitehead bersepah kat dagu.
Rasa nak gi facial kat spa.
Tapi kena kumpul duit dulu.
Tapi nanti duit dah cukup buat beli benda lain pula. #sedih


Tetiba nampak kat newsfeed orang promote masker.
Macam best jer.
Google dulu carik info ke review ke pasal produk tu.
Jumpa pulak satu blog ni ada jual.
Terus berminat sangat.
Call la tukang jual.

#cara dia jawab panggilan pon dah tak rasa mesra - hati rasa tak sedap
#tanya itu-ini dekat tukang jual - tukang jual jawab macam tak nak jual

Terus jadi tak berminat.
Matikan perbualan.
"Takpela awak nanti saya tanya dekat orang lain".


Dalam hati sebenarnya rasa nak maki.
Lalu aku sms dia.
Nak maki.
"Minta maaf kalau panggilan saya tadi mengganggu. Sebab awak macam bosan je nak layan customer."


Sikit punya bersopan kata-kata maki itu.
sms itu tiada balasan.
Agaknya dia ramai sangat customer kot.
Tula tak kesah sangat kalau customer picisan cam aku nak beli barang dia.
Ah, aku pon tak heran.
Bukan dia sorang pon yang jual.


Last-last pegi dapor, belah tomato sebelah buat goreng mee sebelah tenyeh dekat pipi.
Lagi puas hati.


PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Tuesday, July 17, 2012

inggeris, cina dan melayu.






Rasa tak best beberapa hari ni.
Tapi aku cuba lupakan apa dah berlaku.
Aku cuma tak paham.
Aku ni bukan siapa-siapa pon.
Cuma surirumah biasa yang suka tulis blog (baca : blog picisan).
Tak perlulah nak rasa tergugat atau terancam dengan aku..atau dengan blog aku ke..
Ah..persyaitonkan semuaa itu.
Walaupon hakikatnya hati tak senang.
Biasalah manusia.
Asyik tuding jari pada orang lain. Salah sendiri tak nampak.
Aku pon camtu kengkadang ahaks.


Aku menulisss bukan kerna namaa # tetiba mode nyanyi lagu ramli sarip


----------------------------------------------

Orang Inggeris bila berseorangan, dia akan mengembara dalam negaranya.
Bila berdua, mereka akan mengembara ke negara orang lain.
Bila bertiga/ramai, mereka akan menjajah negara orang lain. #dasar penjajahh


Orang Cina bila berseorangan, dia akan berfikir.
Bila berdua, mereka akan berniaga di negeri sendiri.
Bila bertiga/ramai, mereka akan berniaga di negara orang.


Orang Melayu bila berseorangan dia tido.
Bila berdua, mereka bersembang.
Bila bertiga/ramai, mereka bergaduh.


Sedih tapi benar.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.


Friday, July 13, 2012

yuna versi mat hensem (upload semula)






Video tadi aku embed ke blog dari facebook hubby.
Tapi ramai yang tak boleh bukak.
Kecewa aku.
Tak dapat nak tunjuk kecomelan zikry.
Kehkeh.
Takpe arr puji anak sendiri kan.
Mana-mana budak kecik pon memang comel kan.
Kalau derang korek idung pon kita rasa derang comel, tul tak?


Jadi aku dengan gigihnya cuba nak upload video tu lagi sekali.
Aku install sotware free movie maker sebab video tu terlalu besar.
Aku tak taula betul ke tak apa aku buat.
Aku taram jer.
Janji saiz dia kecik.
Ni dah kecik sikit tapi gambanya senget pulak.
Aku dah tak reti nak edit lagi.


Hope korang enjoy tengok video ni.






Wednesday, July 11, 2012

hantu pisang.






Hai lama tak nulis.
Takda idea + malas.
Harini saya nak cerita pasal hantu pisang.
Hantu pisang ni dia dok berlegar kat dalam rumah saya.
Hantu biasanya muka ngeri kan.
Tapi hantu ni comel.
Comel pada mata sayalah.
Dan saya sayaaaaang sangat kat dia.


















Ni dia hantu pisanggg....













..... tengah nongkrong ngadap pisang. Siap bawak pinggan ke depann. Pisang banyak tu dia conquer sorangg.


Dia ni sukaaa sangat makan pisang.
Pisang yang ori je.
Biasa belikan pisang emas atau 40 hari.
Kadang-kadang pisang berangan.
Pisang goreng dia tak suka.
Cekodok pon dia tak suka.


Kalau nampak pisang keterujaan dia lain macam.
Semalam dia ngamuk sebab mihun yang saya goreng dah habis.
Saya tunjuk pisang terus dia riang ria.
Emmm..cedappp kata dia.


Kalau dibiarkan memang habis satu sisir dia kerjakan.
Lepassss tuuu.
Tahap pelawasan dia boleh buat saya pitamm.
Jadi bagi mengelakkan saya pitam, saya sorokkan pisang dan bagi had berapa banyak dia boleh makan pisang satu hari.


Tak taula nurun sape suka makan pisang gini.
Atok (abah saya) dia kot.
Mama, papa dengan kakak dia tak minat pulak makan pisang gini.


*Haaa..tengok tu dia tengah selongkar dapor carik pisaanggg. 



Friday, July 6, 2012

adegan yang tidak ingin dilihat.






Cerita 1 : Pakai tudung tapi pakai seluar pendek


Tiap-tiap pagi saya memang temankan risya pegi sekolah.
Walaupun si papa yang drive saya dok belakang saje.
Misti korang tertanya-tanya kenapa saya nak kena hantar risya sekali.
Semuanya sebab masa mula-mula sekolah dulu risya suka nangis.
Papa dia malas nak handle jadi angkut saya sekali.
Misti korang heran juga kenapa bukan saya jer hantar.
Sebabnya saya malas nak drive hihi.
Walaupon risya dah ok dah sekolah tapi saya tetap temankan untuk menolong dia naik tangga sambil mengangkat beg sekolah dia yang berat isi batu ke hape saya tak taulah.
Tangga sekolah dia tu tinggiii sangat.
Kesian saya tengok dia nak panjat tangga sambil angkat beg berat jadi sebagai ibu mithali saya lah angkat beg dia.
Sekarang saya tau dah kenapa saya tak gemok-gemok.


Oh ya. Berbalik kepada tajuk.
Pagi tadi masa nak hantar risya baru saya perasan semua seluar pakai rumah saya basah.
Dah beberapa hari hujannn jer kat sini.
Lastly, saya capai jer seluar bermuda.
Dah tu jer yang ada.
Pastu pakai tudung.
Pastu naik kereta.
Tapi harini saya tak turun arr dari kereta huhu.
Korang jangan amalkan ehh.
Pakai tudung dengan seluar pendek sama pelik dengan pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, kan?

-------------------------------------------------------------

Cerita 2 : Shave bulu keti** semua orang tau


Pagi tadi masa hantar risya buka radio hotfm.
Kebetulan tengah segmen panggilan hangit.
AG (deejay hotfm) call satu mamat ni nama Azhar.
Azhar ni ada sakit bisul dekat keti**.
AG telah menyamar sebagi doktor.
Kenapa Azhar ni percaya idokler saya tau.
Mungkin dia lurus dan jujur orangnya hehe.
Dokter menyamar ni cakap bisul tu berpunca dari bulu keti** yang ada kuman.
Jadi nak ubat kena shave itu bulu.
Siap dokter menyamar suruh shave dekat dengan telefon dikhuatiri Azhar menipu (tak shave).
Ada dengarlah bunyi sreh sreh kat radio.
Saya dah sakit perut nak gelak. Tahan jer sebab karang ketawa tak dengar pulak situasi tersebut.
Dah siap Azhar tanya kat dokter. ada tak dengar bunyi? Kahkahkah.
Lepas tu dokter suruh Azhar shave sebelah lagi sebab takut kuman merebak katanya.
Azhar dah mula konpius tapi dia buat jugakkk.
kahkahkahkah.
Kesian Azhar.
Sapelah kawan yang pedajal bagi nombor dia kat hotfm tu ehh.
Kalau sayalah, dah putus kawan dah.
Saya ingat Azhar mistilah ngamuk.
Tapi dia ketawa jer.



Sekianlah sahaja.


Wednesday, July 4, 2012

2, 4 dan 29.






Al-fatihah buat rakan blogger lieynanilaz.
Terpempan masa baca status ayu citarasa rinduan tentang berita pemergiannya.
Walaupun kita hanya berteman secara maya kat alam blog ni tak pernah bersua muka tapi kehilangannya dirasai sebab yelah kita semua ni kan kerap saling kunjung-mengunjung blog dan berkomen-komen antara satu sama lain jadi dah rasa macam kawan yang sebenarnya.


Itulah komentar terakhir arwah dekat blog ni, bertarikh 2 julai 11.40 pagi.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Mati itu pasti.
Masa kita pula entah bila.

----------------------------------------------------------------------

4 july.
Oh ya harini besday mak.
Jap eh. Nak tepon mak.


Okeh dah.
Wah berjela pulak nasihat mak harini.
Insya-allah mak.
Orang cuba buat apa yang mak suruh tu.


Syukur alhamdulillah mak masih dipanjangkan usia.
Dah 56 umur mak.
Syukur mak masih sihat dan kuat.
Masih cantik.
Wajah mak pon still maintain. Awet muda.
Kalau orang tengok mak misti ingat mak umur 40-an gittew.
Mak dari muda memang cantik.
Dulu masa remaja, kalau tengok gambo mak aku salu rasa jeles.
Pastu banding-banding dengan muka sendiri.
Nape aku tak secantik mak.
Tapi tu duluu. Duluuu. Remaja biase arr. Seme tak kena.
Ingat lagi somi aku.
Waktu tu kitaorang masih dalam proses berdating-datingan.
Lepak kat tangga aku tunjuk-tunjuk kat dia gambo famili.
Tunjuk gambo mak. Boleh dia cakap. Mak awak cantik tapi apesal muka awak tak macam mak ekk.
Cis sangatlah soalan tersebut kan.
Akhirnya pompuan tak berapa nak lawo jela yang papa kena hadap pagi petang siang malam sampai ujung nyawa nanti kiki. Sabo ya pa.


------------------------------------------------------------------

29 jun.
Besday si papa.
Haha. Sekarang kita sudah sama tua.
Aku belanja beliau makan pizza aje.
Mujur aku ada wat bisnes kecil-kecilan kalau tak terpaksalah beliau membelanjakan diri sendiri kehkeh.
Oh beliau ada juga berura-ura nak kan gadget berupa galaxy note.
Tapi telah ditentang habis-habisan oleh aku sendiri kehkeh.
Yang rosak sekarang henpon aku bukan beliau.
Maka siapa sepatutnya yang harus beli henpon baru sekarang.
Tapi aku nak bertahan jer dengan henpon rosak ni.
Tunggu sampai sabar aku dah kemuncak dan henpon rosak ni dicampak dalam tong sampah baru aku pikirkan balik pasal si papa nak galaxy note tu eh.
Maka papa. Berdoa sekarang.


Besday boy. Boylah sangattt.


Monday, July 2, 2012

ibu raksasa.






Adeh. Tetiba rasa lapar plakk.
Tapi harini pose.
So tak leh makan lebihan donut si zikry nih ha.
Si papa per citer gaknye kat opis tu.
Tah pose lagi ke dah pi curik-curik makan hihi oppsss.


------------------------------------------------------------

Last week, gi sekolah risya amik report card.
Sekolah kebangsaan takda nombor seme pakai band jer.
Sistem KSSR la katakan.
Aku rasa sistem ni bagus sebab takda nombor jadik takdala tensen sangat kalau anak tak dapat nombor 1 hihi.
Cam aku dulu sekolah tensen.
Kalau tak dapat nombor 1 je misti mak cakap aku dah kena kentut.
Contoh kalau dapat nombor 2 nanti mak cakap hah kan dah kena kentut orang nomor 1.
Kalau dapat nombor corot ko bayangkanlah berapa banyak kentut yang kena. Tak ke biru hijau dah muka? 
Walaupon secara metafora, tapi still la tak nak kena kentut tu.
Tu pasal dulu sekolah aku berusaha gigih nak dapat nombor 1.
Sebab aku tak nak makan kentut macam yang mak cakap.
Tapi kan bagi aku tak yah la kita nak tensen sangat kalau anak kita nampak macam kurang menyerlah ke apa kat sekolah.
Sebab tak semestinya dia pandai kat sekolah lalu menjadi kesayangan guru-guru maka dah besar nanti dia jadik 'somebody'.
Yang penting doa kita sentiasa supaya dia jadik orang berguna dan tak menyusahkan kita kat dunia dan akhirat.


--------------------------------------------------------------------------------


Sekolah agama masih pakai sistem nombor dan peratusan.
Risya oklah grednya 80% ke atas gitu.
Dapat nombor 6 tapi fail satu subjek. Fail hafazan.
Tensen pulak aku tengok report card dia kaler merah 1.
Tapi aku tak marah dia giler-giler.
Bebel sepatah dua kata sudahh.
Aku rasa dia bukan tak hafal surah-surah tu semua.
Tapi aku rasa dia tergamam. Pastu ketar lutut. Pastu terus tak ingat apa-apa dah.
Selama ni aku suruh baca surah fatihah lancar je dia baca.
Surah lain aku tak pasti.
Takpelah.
Aku tak salahkan dia.
Aku lah yang salah sebab tak ajar dia betul-betul.
Betul-betul means 'memaksa' dia.
Risya ni jenis cakap lembut tak jalan.
Semua pon kena paksa.
Makan pon kena paksa.
Sebab tu aku hari-hari jadik raksasa.
Raksasa gorgon yang comel, boleh?


Kbai. Aku nak gi sidai kain dulu. Lepas tu nak masak untuk risya. Petang kang aku jalan blog korang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal